Thursday, January 31, 2013

Bola Ringan vs Bola Berat

Semalam ku bertemu dengan kawan-kawan lama yang dah agak lama tak jumpa.Nak dijadikan cerita kami pergi bermain bowling.Ku hanya melihat mereka bermain sebagai tanda ku meraikan mereka bersama-sama.

Sedang mereka bermain-main,ku terdengar kawanku berkata "Eh,kalau bola ringan senang bola tu terluncur dari landasan kan,nak dapat STRIKE memang tak la."
"Aah kan..kalu bola berat tu STEADY je atas landasan tapi kena baling laju-laju lah.Baru boleh dapat STRIKE" kata kawanku lagi seorang.

Ku yang hanya mendengar perbualan meraka,melihat bola bowling tersebut dari perspektif yang berbeza.Apa yang ku fikirkan ialah BOLA BOWLING itu ibarat AMALAN kita semasa di dunia.

Bola yang ringan sangat senang untuk terluncur dari landasan di sini ku ingin mengaitkan bahawa AMALAN SOLEH yang KURANG itu dalam diri seseorang adalah sangat terarah untuk mereka MELAKUKAN KEMUNGKARAN tanpa memikirkan tentang agama Islam dan Allah apatah lagi.Nauzubillah min zalik.

STRIKE pula ku kaitkan dengan target atau matlamat hidup kita di dunia dan di akhirat.Setiap umat islam bahkan sesiapa sahaja di dunia ini inginkan kejayaan dalam kehidupan.Tapi sejauh mana kejayaan di akhirat itu mampu mengatasi kehidupan di dunia?Wallahualam.
Begitulah yg ku fikir.Matlamat kita adalah untuk mencapai Syurga Allah.Untuk mendapat keredhaan Nya.Macam mana nak mencapai nya tuh?Haa ni kita kena lah jadi BOLA BERAT tadi tu.Bola Berat tu ibarat AMALAN SOLEH yang dilakukan amatlah BANYAK.Walaupun kita tak tahu adAkah amalan soleh yang dilakukan itu mencukupi atau pun tidak?Hanya Allah sahajA yg tahu.Apa yang penting adalah tugas kita sebagai HAMBA ALLAH untuk terus menerus melakukan kebaikan di muka bumi demi mencapai cinta ALLAHURABBI...serta JANNATUL FIRDAUS yang pastinya Allah ciptakan untuk hamba-hambanya yang bertaqwa.Harap kita salah seorang daripada penghuni SYURGA ALLAH.amin ya rabb...

Ku juga insan yang sedang belajar untuk mengejar akhirat dan masih terpinga-pinga tentang hidupku sendiri.Sama-samalah kita pelajari dan mendekatkan diri pada Allah SWT.
Cuma apa yang ku ingin kongsi kan di sini harap mampu dan bermanfaat untuk semua orang.
Pesanku sekiranya berjalan dan melakukan sesuatu perkara,lihat lah ia dari perspektif yang POSITIF yang mampu untuk memberi semangat kepada kita bagi meneruskan perjuangan hidup sebagai UMAT MUHAMMAD..ingat NABI MUHAMMAD SANGAT SAYANGKAN KITA SEMUA..Allahuma Solli Ala Saidina Muhammad wa ali Muhammad..(Berselawat lah ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW .Moga beroleh syafaat di akhirat kelak.Amin Ya Rabb.


Ada sebaris ayat dalam Al-Quran yang membuat aku yakin kpd ALLAH SWT.
Allah SWT bersabda yang bermaksud "Orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan,mereka itu penghuni syurga.Meraka kekal di dalamnya."
                                            Surah Al-Baqarah ayat 82.

Mudah-mudahan kita lah orang-orang itu.Amin Ya Rabb...


No comments:

Post a Comment